SYNOPSIS
Langkah dihenti saat mata terlihat susuk tubuh yang . . . bukan asing baginya malah amat dikenali.
• • • • •
Rentak lagu yang terpasang begitu damai membuai di halwa telinga. Seketika dunia disekelilingnya terasa sepi dan itulah yang sering dilakukan bagi mengasingkan dirinya dari dunia luar yang tidak pernah sudah dengan dusta. Hana Nur Umairah. Cukup manis dipandang tapi belum ada sesiapa yang berani menegur Hana kerana dia si salju mentari. Dunia dia bukanlah sesuatu yang ganjil tapi itulah keunikan pada dirinya. Situasi mengubah peribadi memaksa dunia menyendiri. Si Salju Mentari hidup demi pertahankan Hana Nur Umairah dari terus bercelaru dengan kemurungan. Dissociative Identity Disorder. Tak. Dia cuma bersembunyi.
• • • • •
Hipokrasi menjadi sebatian dalam hidup. Jubah putih elok tersarung, kopiah elok terletak dikepala. Kadang lahirnya dari hati yang berbolak-balik memainkan watak. Irfan Hanafi sering diperkatakan dengan perwatakan yang budiman. Elok budi pekertinya. Gerak kaki diatur dengan cermat walaupun melangkah dengan pantas menuju ke tempat rahsia. Tasbih dicampak ketepi bersama kopiahnya. Jika sebelumnya jubah tersarung kini berganti dengan jeans dan t-shirt. Senyuman tenang dibibir Irfan Hanafi mati. Yang tinggal wajah bengis si firaun. Dissociative Identity Disorder. Tak. Dia cuma hipokrit!
• • • • •
Dunia yang kejam !
Dunia yang dusta !
Dunia, coretan kehidupan terlakar tanpa izin. Namun, tetap juga disembunyi. Setiap nyawa itu menipu demi kebaikan diri sendiri tanpa memikirkan nyawa lain yang terbunuh.
• • • • •
Hipokrasi
