How come a big problem be a small matter to him?
Still wanting to talk about reality and life.
Why (?)
~ because it is related with us. H . U . M . A . N .
***
Cukuplah aku masih dikurniakan nikmat untuk bernafas di bumi ini. Cukuplah itu. Aku tahu peluang itu masih ada tapi masihkah itu kekal hingga ke penghujungnya? Mungkin hadirnya dia sebagai penyeri selepas segala permasalahan yang ditimbulkan oleh dia sendiri? Dia seorangkah? Motifnya dia mencari sesuatu dari kami? Aku masih tidak mengerti untuk apakah jumlah yang banyak kalau yang sedikit sudah memadai, mencukupi dan sudah pun menyerikan hari demi hari. Adakah kerana kesibukan itu membuatnya kesunyian lalu terpijak pada sinar yang salah? Adakah kerana kelemahan kami membuatkan penglihatannya kabur dari melihat sinar kami? Atau adakah kerana palsunya cinta itu membutakan si pemijak sinar. Butanya itu hanya pada kami sang sinar yang kelam dimatanya.
Aku masih tertanya, apakah sesuatu yang hebat diperkatakan itu sesuatu yang sangat hebat hingga seseorang yang sudah mendapatkannya tetapi masih mencari hingga tiada sesuatu yang dapat ditemui. Yang dikendong keciciran, yang dikejar tak dapat? Adakah itu? Aku rasa tidak. Kerana apa sesuatu itu adalah palsu? Ya, palsu itulah yang berjaya membuatkan seseorang itu merasakan apa yang dikejarnya itu pasti menjadi sesuatu yang tersangat kecil berada dalam genggamannya. Jujur saja, aku tidak membenci kerana mereka juga manusia, seperti aku. Manusia hina berpijak di bumi yang suci. Aku tidak membenci. Aku yakin..
Merindui seseorang, tentu saja bagi aku itu mudah untuk aku ubatinya. Tapi, bukan dengan merindui keakraban sesebuah kota kecil. Terlayar setiap kenangan melalui minda. Tergambar setiap senyuman suatu ketika dahulu. Terdengar hilai tawa kegembiraan pada hari bahagia. Merindui itu sukar untuk aku mengawalnya. Bukankah bagi mereka yang terluka, semua ini menjadi mudah? Kenapa tidak bagi aku? Jawapannya dihati masing-masing. Terpulang pada tanggapan si hati yang mengawal minda lalu menggambarkan dengan perbuatan. Tercungap-cungapnya menahan api kemarahan diluahkan jua dengan titisan air mata yang tiada selalunya mengalir. Itulah manusia.
Cerita tentang kehidupan? Kenyataan? Daripada spontan jari ini menaip, mulanya pengisian, sampai ke tahap ini, jujur apa yang kamu faham tentang bicara itu? Simpan jawapan itu ya atau tidak. Padat segala luahan didalam perenggan yang ringkas. Mungkin hanya aku seorang yang faham akan itu, atau mungkin ada yang turut menemaniku, berkongsi perasaan itu bersama.
***
Inilah permulaan yang sebenarnya..
Untuk berjaya, salah satu kuncinya adalah bahagia.
~RECIPE OF SUCCESS AND HAPPINESS
* Smiling and not frowning.
* Building and not destroying.
* Working and not idling.
* Doing and not procrastinating.
* Learning and not stopping.
* Giving and not just taking.
* Living and not just exciting.
* Loving and not hating,
(nukilan seorang guru berbangsa cina buat semua anak muridnya)
**(notaselittepi,, these words are from my teacher. Dan kata-kata itulah yang sentiasa membangkitkan semangat kala diri ini jatuh. Harap dapat membantu kalian juga).
Q : Is there any hopes for me to stay strong in the future?
Em, bukanlah manusia untuk menilik apa akan jadi pada diri dengan sesuatu yang akan datang. Cuma siapa kita pada detik seterusnya adalah dimana kita, atas apa kita, dengan apa kita, positif atau negatif kita pada detik sekarang. " Strength is the state of Imaan " . Oleh itu, jaga amanah Allah untuk kita. Taat segala perintah-Nya. Yakin pada diri bukanlah sentiasa menegakkan dada seolah akulah manusia yang berani. Bukan itu. Yakin tetapi jangan terlalu yakin kerana hanya akan menjatuhkan kita semula. Jaga-jaga dengan langkah, pastinya adalah muslihat dihadapan untuk membuat kita jatuh. Itulah kenyataan kehidupan, tiada ujian/musibah untuk diri, maka lekaslah bangun. Bangkit dari lena sang mimpi.
Q : Can you ever feel what I felt for all this time?
Setiap manusia, ada masalah mereka sendiri. Semua merasai saat jatuh dan bangkit, saat tawa dan duka, saat menang dan kalah, saat bahagia dan sedu. Perasaan yang tidak pernah putus mengusik tangkai hati setiap mereka. Just know that, there must be a reason for something created. Bagaimana situasinya, itulah yang memberi perbezaan dalam ceritera kau, aku dan mereka diluar sana. Situasi peringkat pertama, dimana sesuatu masalah/kesulitan hadir menyapa diri. Situasi peringkat kedua, dimana diri tersahut dan menyedari permasalahan tersebut. Situasi terakhir adalah situasi penting menceritakan bagaimana kita mengatasi masalah itu. Pelbagai cara hanya untuk berjuang melawan itu. Kalah atau menang, itu tidak tersenarai dalam kandungan babak ini. Main point yang sebenar adalah, pengalaman kita dengan situasi yang baru. Jadi pada masa akan datang, kita tidaklah mudah melatah. Itulah kenyataan kehidupan, masalah tidak akan selesai sekiranya kita sekadar mengambil jalan mudah untuk lari darinya. Pengalaman mematangkan setiap individu.
Q : Stress is when you start crying?
Tidak sama sekali. Untuk mengungkapkan dengan kata-kata, tidak mudah kerana tekanan itu meluas. Stress atau tertekan berpunca daripada Q2 tadi. Tertekan bukanlah hendak dikatakan apabila kita mula menangis. Menangislah, kadang-kadang itulah terapi untuk diri. Luahkan segala rasa berat dihati. Stress itu sendiri akan tinggalkan kita, dengan dua syarat. Yang pertamanya, jangan terlalu memikirkan masalah tapi tetap tiada usaha mencari jalan penyelesaian. Yang keduanya, senyumlah selepas habis menangis walau disaja-saja dan dipaksa-paksa untuk mengukir senyuman itu. Kenapa dua syarat itu? Kerana kekuatan itu pada diri kita. Apabila otak sarat memikirkan masalah yang sepatutnya tidaklah sekuat itu untuk difikirkan, hati kita pun jadi gundah lalu stress. Senyum, peringkat kedua terapi selepas menangis. Sedikit sebanyak dapat mengembalikan semula semangat dalam diri, renggangkan balik otot pipi dan rehatkan minda. Itulah kenyataan kehidupan, diam dan terus tersenyum jika itu lebih mendamaikan hati.
***
The most important (!) '
- Jaga hubungan dengan Allah, ibu dan bapa.
- Jaga adab sentiasa. (dimana-mana pun kita, kerana imej diri ada pada perlakuan kita)
- Jangan lupa zikir setiap hari walau sedikit.
- Lebihkan air mineral dari minuman berperisa. (lagi bagus air bacaan Yaasin dan surah2)
In shaa Allah, lebih tenang. Yang mudah diberi bagi kita lebih mudah mendekati jalan Allah.
Allahumma Aamiin, in shaa Allah.