Song ;)

Thursday, November 26, 2015

Haram things called GOALS


Yup! All those HARAM things that our friends did, we said "Aww! so sweetlah both of you ni". 

Tahu tak betapa berdosanya kita menyokong mereka diluar sana yang ber"couple".  Atau mungkin kita sendiri yang buat benda tu?  Ya, orang kata couple tak Haram pun. And what?! Bila kau couple of course kau akan buat benda haram. Zina kecil yang membawa pada zina besar. So, mungkin penyataan "COUPLE TAK HARAM" tu menunjukkan berpasangan tu tak haram. Okeilah, aku cuba untuk follow benda tu. Dia tak haram tapi perbuatan kita yang dengan ajnabi tu yang haram. Perbuatan yang sepatutnya kita buat dengan orang dah halal untuk kita. Ya, Bunga pun pernah couple. And I was like, "Ya Allah, betapa bodohnya aku bermanja dengan orang yang belum tentu lagi untuk aku." Aku rasa malu sangat ya, MALU. So, bangunlah kita. Sedarkan diri kita, siapa kita pada masa depan. Maruah kita bukan murah atau diri sendiri yang membuat Maruah tu menjadi MURAH. 
Bila kita melembutkan suara kita dengan dia, berduaan dengan dia, itu zina. Ya zina tanpa kita sedar?  Zina hati, zina mata. Itu semua sebab kita tak jaga ikhtilat kita dengan ajnabi diluar sana. Lagi bila iman kita ni tak teguh pun. Sebab tu keluarnya ayat "Bila kita tak jaga ikhtilat, setiap hari kita akan jatuh hati pada orang yang berbeza." Yup, itu betul. Kita semua manusia biasa, dengan teknologi serba serbi moden sangat ni. 
Kerja is kerja and ikhtilat tetap ikhtilat. Just make it fast dan tak perlu melembut suara dalam apa2 urusan kerja ke, kursus and whatsoever. Means sini bukanlah kena cakap kasar-kasar, just say everything with your normal voice. Tak perlu dilentok-lentokkan, dimanja-manjakan.  Kalau memang suara lembut ok. Act macam biasa jangan sengaja melembutkan lagi suara tu.  
Ya, susah kita nak tegur kawan-kawan kita keluarga kita. Bunga sendiri tak mampu lagi membuatkan kawan Bunga terasa dengan perbuatan dia. Pernah tegur tapi, masih sama. Bimbang jika ditegur lagi, dia terasa hati dan terus menjauh. Jujur Bunga bukan sahabat yang baik. Yang penting  kita doakan buat mereka, keluarga kita , kawan-kawan,  saudara-mara? 
  In Shaa Allah...

Sunday, November 15, 2015

Hati , Perasaan dan Kita . 。^‿^。

Hati, satu.
Perasaan, banyak.
Ya, banyak.
Terpulang kepada kita yang merasainya.
Bagaimana kita mendidik hati yang satu itu, daripada perasaan yang membinasakan diri.
Bagaimana kita menyuruh hati untuk tidak membicarakan soal perasaan yang pelbagai.
Bagaimana kita pelihara hati agar terhindar daripada pelbagai perasaan negatif. 
Bukan salah hati yang yang merasa,
Tapi,
Salah kita yang melakukannya.
Salah kita yang berjauhan dari-Nya.
Salah kita yang mudah terpengaruh pada bisikan iblis.
Salah kita yang sering alpa dengan dunia.
Ya, salah kita. 
Jagalah hati, 
Jagalah hubungan dengan-Nya,
Jagalah diri daripada lagha dengan dunia,
In shaa Allah, berjaya kita dunia dn akhirat. 
-katabunga-
Ini adalah spontan bicara dari Bunga, 
juga Bunga jadikan ini sebagai nota untuk diri Bunga sendiri. 
Salam sayang,
BUNGA. ♥

Bila Nak Taubat Wahai Diri (?)

Assalamualaikum ..
So pada pagi yang mulia ini saya ingin sambung menulis blog. (Jap menulis ke menaip, haa pakat² bedal jelah naaa)

Bila nak taubat?

Tanda kiamat yang kecil pun hampir lengkap
Allahu
Tak takut ke?
Kalau tak sempat nak bertaubat
Jadi saya menyeru
Ayuh jadi seorang muslimin/muslimah yang soleh wa solehah
Di akhir zaman ini
In shaa Allah
Syurga Allah menantimu!

Okei ini adalah sebuah puisi ringkas. Chop, bukan puisi saya tapi ini adalah puisi dari salah sebuah channel di telegram yang saya join.

Jadi,
Perubahan apa yang kita buat dalam sehari-hari hidup kita? 
Sama ada kita semakin jauh dari Allah dan sibuk mengejar dunia? 
Atau,
Kita semakin sedar bahawa waktu kita semakin singkat dan ingin terus mendekati Allah. 

Ya, itulah persoalan aku tiap kali celiknya mata aku dari tidur. Kemana arah aku pada hari ni. Kadang-kadang tu memang dah niat tak nak buat dosa semalam yang aku buat. Cuba untuk perbaiki. Tapi, diri ni nyata masih jauh dari Allah. 
Aku seorang gadis yang baru sahaja berjinak-jinak untuk berubah. Bermula pada pemakaian aku, aku berstokin, memakai handsock, kemudian terus dengan bertudung labuh. Since situ, kawan-kawan aku ejek aku dengan gelaran "ustazah" , "wah labuhnya tudung, dah dapat hidayah ke?" , "alah tudung labuh-labuh mulut macam puaka buat apa". Okei, yang ustazah tu common lah kan bila nampak orang mula labuhkan tudung dia pun sesuka hati gelar macam tu. Yang cemuhan kedua dan ketiga tu buat aku macam , wahh, melampau nya tu. Apa yang diorang tahu tentang diri aku. Apa yang menyebabkan diorang nak kata mulut aku macam puaka. Aku hampir-hampir give up masatu. Mujur, kawan aku terus bagi semangat. Alhamdulillah. Aku pun , okei jangan mengalah dulu, sabarr.. And, aku tanya diri aku kenapa mulut aku puaka? Em, aku anggap tu sebagai segala umpatan aku sebelum ni. Dari situ aku dapat kekuatan untuk teruskan semua ni. 
Bila korang baca ni, janganlah salah faham. 
Aku masih banyak benda yang aku kena pelajari. Memakai tudung tu sebagai tuntutan agama Islam, menutupi bahagian dada dan bahu. Janganlah terus judge, wahh alim diaa ni. Tak, jangan sesekali. Sedih sangat bila orang ingat kita ni baik tapi perangai sebenar kita? Allahu. 
Okei, macam dah panjang je, petang ni atau malam ni , In Shaa Allah , aku sambung balik. 
Mungkin esok ke.. hahaha. 
Eh kejap-kejap, bila baca balik baru perasan kata ganti nama diri tu kejap saya kejap aku. Eh pening pulak makk lels. Hahah. Taram sajalah. Lepas ni saya/aku cari nama eh. Huhu
Sekian, 
Luahanbunga.