Fikiran
Melakar, menyimpan
Disini aku berteduh pada sesuatu yang hanyalah pinjaman tak aku tahu tamat tempohnya. Aku bahagia. Ya, kita semua bahagia. Mungkin. Jiwa sering diusik dengan pelbagai kalimah. Memulakan bibit perasaan yang bercelaru.
Sesuatu terus-terusan mengukir, memahat, ya. Mengharapkan itu tak beralih, tidak berpecah mencari sesuatu yang mungkin sementara. Dibumbung ini, aku menetap dan melaluinya sendiri. Aku keliru, mengapa harus dikejar pada sesuatu yang baru muncul, dan mengapa perlu ditinggalkan sesuatu yang pasti miliknya? Aku tak mahu perpisahan terjadi.
Memilih untuk mendiamkan diri, mungkin menyelamatkan keadaan, tapi, hati memendam memandang kelam. Peritnya tekak menelan. Tak sekali dia terlihat. Bukankah hadirnya sebagai suatu kenikmatan dan kebahagiaan , mengapa dijadikan sebagai bebanan?
kalau tak mahu memikul, kenapa perlu mengambil?
kalau tak mahu menjaga, kenapa perlu menyimpan?