Song ;)

Thursday, March 31, 2016

Can't Get Over You ...

Sedarkah engkau hari-hari yang berlalu dengan pantas? Hari-hari dimana engkau dan aku semakin.. Berjauhan..
Aku menganggap kengkangan waktu yang membataskan kita untuk bersama. Tetapi, dalam diam aku sendiri itu, aku ternampak mesranya gelak tawa engkau bersama mereka. Waktu engkau bercerita masalah pada mereka dan tiada aku lagi disitu. Dimana tempat aku yang sebenarnya? Seringkali memaafkan, makin sering itu berulang. Lidah engkau cukup lembut mengungkapkan kata-kata manis. Mudahnya aku terjatuh dengan gelombang itu. Bukan sekali, bukan juga dua kali mahupun tiga kali. Lebih dari itu, masih aku menganggap segalanya masih sama. Mungkin engkau tidak mahu aku terbeban? Jadi, adakah itu bermakna aku bukanlah sesuatu sejati untukmu? Begitu sekalikah kita terpisah?

Dalam aku bersangka baik, aku tersangka buruk pada orang lain. Orang lain itu muncul secara tiba-tiba. Aku terdiam, lalu lantas difikiranku bertanya, diakah perampas kegembiraan itu? Aku diam. Kenangkan itu, menangis aku tanpa sedar. Perasaan aku? Masih okei kerana pernah sekali seseorang berkata pada aku pada peringkat umur yang begini, kehilangan kawan itu normal. Sama ada merasai kehilangan selamanya atau seketika. Kata-kata itu lahirnya dari pengalamannya sendiri. Kini, aku merasai sakitnya kehilangan. Sejak itu, aku menerima keadaan di persekitaran aku. Aku mencari sesuatu yang baru untuk membantu diri aku. Aku terfikir, mungkin inilah yang terbaik untuk aku.

Keadaan dimana memaksa kita untuk berkerja dalam satu kumpulan, tika itu aku terasa nikmatnya bila kita kembali bersama. Aku tahu itu takkan berkekalan lama, jadi aku cuba untuk memanfaatkan waktu itu sebelum masanya tiba. Aku rindu. Engkau suatu ketika dulu sering menghiburkan aku, sekarang seolah engkau sudah bosan dengan aku. Mungkin kerana sikap aku. Aku terima. Meluatnya nakal aku, mengadanya manja aku, itu semua engkau tak dapat terima lagi. Tulis dan terus menulis. Terbayang pula saat aku ingin menceritakan sesuatu, memanggil engkau dan dia. Tetapi, sayang engkau pergi membawa dia tanpa memberitahuku. Aku tunggu. Kemudian engkau dan dia kembali, dengan tangan yang penuh dengan beban. Ingin aku menolong, tetapi kaki aku seolah terikat, otak aku menidakkannya. Hanya atas satu sebab, aku terguris. Aku fikir itu cuma sekali, rupanya makin kerap itu terjadi. Sukar untuk aku ukirkan senyuman. Terkedu terpacar dimukaku. Begini sekalikah tahapnya? Kenapa engkau tidak memanggilku sekali untuk menolong? Adakah aku hanyalah lalang yang menyemakkan pandangan engkau?

Tercelik mata aku, bukan dia yang merampas tetapi kita yang sudah hilang keserasian. Mungkin. Kita makin jauh. Sedarkah kalian? Bukan, aku dan kalian semakin berjauhan. Sepi aku rasa. Tiada tawa dari sahabat untukku. Sesak dada untuk meneruskan nafas. Sayang aku yang semakin kuat, kini dijatuhkan kembali. Runtuhnya suatu ikatan. Harap kita tidaklah selamanya terpisah terus. Aku mahu mengejar masa-masa dimana kita sentiasa bersama. Mustahil untuk aku berjaya berpaling pada masa lalu. Aku sibukkan diri, agar aku tidak terus berfikir soal kita. Maafkan aku, sekiranya aku lupa untuk menegur kalian. Maafkan aku, sekiranya aku gagal untuk ketawa dengan lawak hambar kalian. Maafkan aku, kerana sudah lama aku tinggalkan itu. Barangkali, aku terlupa bahawa itu adalah rutin kita tika bersama. Mungkin juga aku terlupa bahawa aku pernah menetap dihati kalian, yang kini tiada lagi.


Can't Get Over You ..
Erase You .. 

Sunday, March 27, 2016

Close Your Eyes .


" Where are you and what are you doing?
You haven’t forgotten me, have you?

What if the smallest memories disappear from me?

Will this fearful heart reach you? "



You haven't forgotten me, have you? 


Masihkah diri menyedari, sudah terlalu banyak jiwa yang sering datang dan pergi. Dan sudah pastinya meninggalkan kesan dalam hari yang seterusnya. Datangnya, mengaburi kisah jiwa lain. Perginya, mehalang dari melihat jiwa itu. Mengetuk pintu hati, itu tidak seharusnya berlaku. Dimana pergi kasih jiwa dijalannya? Jiwa yang hakiki kah itu? Atau sekadar menjelma memberi kesedaran pada sepasang mata yang kabur dari melihat segalanya? Datangnya, untuk mengunci hati atau untuk membuka minda? Perginya, untuk ditatap erat atau untuk menjentik tangkai hati yang utuh? Masihkah minda menyimpan itu atau masihkan hati merasakan itu? Masihkah?



" I only have tears
I can’t turn back the times we spent together

Just like you and I when we first saw each other "



I only have tears ..


Tangis sesalan? Pernahkah walau sekali itu wujud dalam catatan fikiranmu? Mungkin hanya diri yang merasai itu. Sepi. Tiada bicara mampu dibisik. Tidak walau sekali. Mungkinkah puncanya adalah hati sendiri yang terlalu jujur merasai? Mungkinkah kerana diri yang merindui? Mungkinkah? Layaran minda berkelip memancarkan cahaya dihadapan sepasang mata. Samar. Lihatnya samar kerana butir mutiara yang rapi disimpan buat selama ini. Close your eyes.. Lihat pada dalamnya, adakah itu erti senyuman yang sering ditunjukkan? Tangis tanpa sedu, itulah kesakitan yang sering diri ini rasai. Perih. Sendirian, duduk memeluk lutut, bicara hati sendirian. Titis demi titis, mengalir. Tiada diiringi sedu dan lagu. Sakit, perih, lihat pada langit turut memahami rasa dijiwa.



" When I close my eyes
I see your turned back with tears

I send it off to the wind as my heart aches and my throat dries

My heart endlessly grows smaller as I can only watch you from afar "



My heart endlessly grows smaller as I can only watch you from afar..


Terasa diri ini semakin kerdil untu terus teguh berdiri. Tiada kata dapat membantu diri? Itu, tiada siapa yang mahu memberikannya. Berdiri sebagaimana patung hiasan dihadapan istana. Hanya melihat mereka dari jauh. Tidak terasa tawanya mereka. Berdirinya jauh memerhati gerak laku si kaki yang melangkah. Kaku. Hati beku. Rimbunan daunan menutupi diri. Kencang angin bertiup masih tidak dapat menggerakkan diri. Berterbangan burung tiada berhenti untuk menghiburkan diri. Seolah si patung hiasan itu tidak wujud pada mata mereka. Kakunya diri, berharap pada sesuatu yang pastinya tidak akan muncul. Hanya dengan harapan kosong, berdiri teguh memerhati setiap tingkah. Kemana arahnya untuk aku memulakan pergerakan? Tidakkah nanti aku akan tersesat? Kerana diri hanya sendirian. Tiada siapa, tiada apa hadir menjelmakan diri. Berdirilah kaku teguh, tidak berganjak. Jangan engkau tersesat.



" This street that I used to walk with you
Now I’ll get used to it

As if nothing happened to me "



Now I'll get used to it..


Perasaan yang sering hadir, tiada segan membuat diri berubah. Kebiasaan yang pada mulanya melemahkan diri, kini mengubah tanggapan fikiran. Usang kelihatan. Dimasuki jua, terlihat sesuatu suram. Penyesalan? Tiada kata untuk itu. Mulanya langkah itu, maka haruslah diteruskan juga. Tidak mungkin diri mahu berpatah pada mimpi yang ngeri itu. Diyakinkan pada diri, yang suram itu mungkin memberikan cahaya yang luar biasa. Dimana segala impian mungkin akan terlunas disitu. Langkah itu tidak semudah yang disangka. Setiap langkah yang ditapaki, didatangi dengan kesuraman yang lain. Andai disitu sudah tersilap pijaknya, jatuhlah terus ke dalam kelam mimpi ngeri. JANGAN ! Sungguh diri tiada tertahan berada di situasi itu. CUKUP ! Sungguh diri yakin pada setiap pergerakan. NANTI ! Mungkinkah (?) Aku sudah tersilap langkah pada awal permulaannya (?)



" You said we’d meet again some day
As you held my hand and whispered

But now I can’t do anything for you anymore

Do you know how I’m feeling? "

But now I can't do anything for you anymore..

Pada diri.. Jangan dirosakkan keyakinan dengan sesuatu negatif sifatnya. Sekalipun, itu membisik sepi, abaikan. Gelaklah engkau pada diri sendiri. Gagalnya engkau kerana engkau sendiri. Diri yang tidak bijak mengawal dengan hati-hati. Tidak berpijak pada nyata. Terus hanyut pada mimpi. Meskipun engkau tahu peritnya berada dalam cengkaman mimpi ngeri. Masih engkau enggan untuk bangkit? Selemah itukah engkau? Atau gagahnya engkau terus berada dalam ngeri? Sungguh, diri tidak memahami diri. Apa yang dapat engkau buat untu dirimu? Tiada apa lagi termampu untuk aku ..

***

[ mrdhtn bl ngk mh bngkt kl dr ngk trs hnyt dlm kprtn? ]

Living life so beautiful .. (!!)

How come a big problem be a small matter to him?
Still wanting to talk about reality and life.

Why (?) 
~ because it is related with us. H . U . M . A . N .

***

Cukuplah aku masih dikurniakan nikmat untuk bernafas di bumi ini. Cukuplah itu. Aku tahu peluang itu masih ada tapi masihkah itu kekal hingga ke penghujungnya? Mungkin hadirnya dia sebagai penyeri selepas segala permasalahan yang ditimbulkan oleh dia sendiri? Dia seorangkah? Motifnya dia mencari sesuatu dari kami? Aku masih tidak mengerti untuk apakah jumlah yang banyak kalau yang sedikit sudah memadai, mencukupi dan sudah pun menyerikan hari demi hari. Adakah kerana kesibukan itu membuatnya kesunyian lalu terpijak pada sinar yang salah? Adakah kerana kelemahan kami membuatkan penglihatannya kabur dari melihat sinar kami? Atau adakah kerana palsunya cinta itu membutakan si pemijak sinar. Butanya itu hanya pada kami sang sinar yang kelam dimatanya. 


Aku masih tertanya, apakah sesuatu yang hebat diperkatakan itu sesuatu yang sangat hebat hingga seseorang yang sudah mendapatkannya tetapi masih mencari hingga tiada sesuatu yang dapat ditemui. Yang dikendong keciciran, yang dikejar tak dapat? Adakah itu? Aku rasa tidak. Kerana apa sesuatu itu adalah palsu? Ya, palsu itulah yang berjaya membuatkan seseorang itu merasakan apa yang dikejarnya itu pasti menjadi sesuatu yang tersangat kecil berada dalam genggamannya. Jujur saja, aku tidak membenci kerana mereka juga manusia, seperti aku. Manusia hina berpijak di bumi yang suci. Aku tidak membenci. Aku yakin..

Merindui seseorang, tentu saja bagi aku itu mudah untuk aku ubatinya. Tapi, bukan dengan merindui keakraban sesebuah kota kecil. Terlayar setiap kenangan melalui minda. Tergambar setiap senyuman suatu ketika dahulu. Terdengar hilai tawa kegembiraan pada hari bahagia. Merindui itu sukar untuk aku mengawalnya. Bukankah bagi mereka yang terluka, semua ini menjadi mudah? Kenapa tidak bagi aku? Jawapannya dihati masing-masing. Terpulang pada tanggapan si hati yang mengawal minda lalu menggambarkan dengan perbuatan. Tercungap-cungapnya menahan api kemarahan diluahkan jua dengan titisan air mata yang tiada selalunya mengalir. Itulah manusia. 

Cerita tentang kehidupan? Kenyataan? Daripada spontan jari ini menaip, mulanya pengisian, sampai ke tahap ini, jujur apa yang kamu faham tentang bicara itu? Simpan jawapan itu ya atau tidak. Padat segala luahan didalam perenggan yang ringkas. Mungkin hanya aku seorang yang faham akan itu, atau mungkin ada yang turut menemaniku, berkongsi perasaan itu bersama. 

***

Inilah permulaan yang sebenarnya.. 
Untuk berjaya, salah satu kuncinya adalah bahagia.
~RECIPE OF SUCCESS AND HAPPINESS
   
  * Smiling and not frowning.
  * Building and not destroying.
  * Working and not idling.
  * Doing and not procrastinating.
  * Learning and not stopping.
  * Giving and not just taking.
  * Living and not just exciting.
  * Loving and not hating,
(nukilan seorang guru berbangsa cina buat semua anak muridnya)

**(notaselittepi,, these words are from my teacher. Dan kata-kata itulah yang sentiasa membangkitkan semangat kala diri ini jatuh. Harap dapat membantu kalian juga).


Q : Is there any hopes for me to stay strong in the future?
Em, bukanlah manusia untuk menilik apa akan jadi pada diri dengan sesuatu yang akan datang. Cuma siapa kita pada detik seterusnya adalah dimana kita, atas apa kita, dengan apa kita, positif atau negatif kita pada detik sekarang. " Strength is the state of Imaan " . Oleh itu, jaga amanah Allah untuk kita. Taat segala perintah-Nya. Yakin pada diri bukanlah sentiasa menegakkan dada seolah akulah manusia yang berani. Bukan itu. Yakin tetapi jangan terlalu yakin kerana hanya akan menjatuhkan kita semula. Jaga-jaga dengan langkah, pastinya adalah muslihat dihadapan untuk membuat kita jatuh. Itulah kenyataan kehidupan, tiada ujian/musibah untuk diri, maka lekaslah bangun. Bangkit dari lena sang mimpi. 

Q : Can you ever feel what I felt for all this time?
Setiap manusia, ada masalah mereka sendiri. Semua merasai saat jatuh dan bangkit, saat tawa dan duka, saat menang dan kalah, saat bahagia dan sedu. Perasaan yang tidak pernah putus mengusik tangkai hati setiap mereka. Just know that, there must be a reason for something created. Bagaimana situasinya, itulah yang memberi perbezaan dalam ceritera kau, aku dan mereka diluar sana. Situasi peringkat pertama, dimana sesuatu masalah/kesulitan hadir menyapa diri. Situasi peringkat kedua, dimana diri tersahut dan menyedari permasalahan tersebut. Situasi terakhir adalah situasi penting menceritakan bagaimana kita mengatasi masalah itu. Pelbagai cara hanya untuk berjuang melawan itu. Kalah atau menang, itu tidak tersenarai dalam kandungan babak ini. Main point yang sebenar adalah, pengalaman kita dengan situasi yang baru. Jadi pada masa akan datang, kita tidaklah mudah melatah. Itulah kenyataan kehidupan, masalah tidak akan selesai sekiranya kita sekadar mengambil jalan mudah untuk lari darinya. Pengalaman mematangkan setiap individu.

Q : Stress is when you start crying?
Tidak sama sekali. Untuk mengungkapkan dengan kata-kata, tidak mudah kerana tekanan itu meluas. Stress atau tertekan berpunca daripada Q2 tadi. Tertekan bukanlah hendak dikatakan apabila kita mula menangis. Menangislah, kadang-kadang itulah terapi untuk diri. Luahkan segala rasa berat dihati. Stress itu sendiri akan tinggalkan kita, dengan dua syarat. Yang pertamanya, jangan terlalu memikirkan masalah tapi tetap tiada usaha mencari jalan penyelesaian. Yang keduanya, senyumlah selepas habis menangis walau disaja-saja dan dipaksa-paksa untuk mengukir senyuman itu. Kenapa dua syarat itu? Kerana kekuatan itu pada diri kita. Apabila otak sarat memikirkan masalah yang sepatutnya tidaklah sekuat itu untuk difikirkan, hati kita pun jadi gundah lalu stress. Senyum, peringkat kedua terapi selepas menangis. Sedikit sebanyak dapat mengembalikan semula semangat dalam diri, renggangkan balik otot pipi dan rehatkan minda. Itulah kenyataan kehidupan, diam dan terus tersenyum jika itu lebih mendamaikan hati. 

***

The most important (!) '
  • Jaga hubungan dengan Allah, ibu dan bapa.
  • Jaga adab sentiasa. (dimana-mana pun kita, kerana imej diri ada pada perlakuan kita)
  • Jangan lupa zikir setiap hari walau sedikit.
  • Lebihkan air mineral dari minuman berperisa. (lagi bagus air bacaan Yaasin dan surah2)
In shaa Allah, lebih tenang. Yang mudah diberi bagi kita lebih mudah mendekati jalan Allah.
Allahumma Aamiin, in shaa Allah.